Laughing Tree Sdn Bhd yang menyediakan platfom sokongan, jaringan perniagaan serta peluang meraih dana kepada perusahaan kecil sederhana (PKS) tempatan hari ini melancarkan komuniti pelabur.<br /><br />Inisiatif tersebut mengabungkan 15 agensi pelaburan awam dan swasta dengan fokus memudahkan akses dana kepada perniagaan PKS yang berpotensi tinggi, sesuai dengan tahap persediaan syarikat masing-masing.